Rugi Tak Pergi, Grab Tawan LahLahLand Hujung Minggu Lalu! 5 Perkara Ini Yang Anda Terlepas

Branded

Rugi Tak Pergi, Grab Tawan LahLahLand Hujung Minggu Lalu! 5 Perkara Ini Yang Anda Terlepas

Kalau anda tak sempat pergi LahLahLand haritu, maaf cakap, anda memang terlepas acara paling lit di bandar! 

Dari foodie heaven sampai ke fashion drop eksklusif, Grab memang berjaya menawan acara ini dengan tawaran dan hadiah eksklusif tak masuk akal. Serius, kami pun tak sangka sambutannya sehangat ini!

Masih tak percaya anda terlepas? Nah, kami senaraikan 5 perkara yang anda terlepas di sana, yang buat kami yakin anda akan menyesal tak datang.

1. Pelbagai Jenis Makanan & Minuman Di Zon MakanLAH

Tak kisahlah ke mana saja festival atau acara kita pergi, makanan dan minuman adalah benda wajib yang kita akan cari terlebih dahulu betul tak?

grab lahlahland

Kalau anda nak tahu, zon MakanLAH di acara LahLahLand ini penuh dengan vendor-vendor daripada Grab Dine Out tau! 

Apa yang kami nak highlight dekat sini, ramai sangat pengunjung acara LahLahLand yang memenuhi setiap ruang di zon tersebut. 

grab lahlahland

Ada yang sanggup beratur dalam barisan panjang untuk dapatkan makanan dan minuman yang diinginkan, serta kalau anda lihat, kebanyakan meja makan semua penuh! 

grab

grab

Bukan itu saja, zon MakanLAH ni boleh dikatakan salah satu zon yang havoc sebab sambil menjamu selera atau menunggu giliran, pengunjung dihiburkan dengan persembahan daripada DJ jemputan tau! 

grab

Paling best, ada pengunjung yang menang baucar Grab Dine Out berjumlah RM500 pada kedua-dua hari menerusi contest Cari Abang Grab. Haa, kalau anda datang hari itu, mungkin anda yang menang.

2. Kolaborasi Eksklusif Peak KL

Selain makanan, anda juga terlepas untuk jadi yang terawal beli merch kolaborasi eksklusif antara Peak KL x Grab x Diadora! 

grab lahlahland

Kalau anda nak tahu, kolaborasi ini hadir dengan dua rekaan jersey yang tampak menarik, premium dan eksklusif tau! 

grab lahlahland

Sepanjang acara LahLahLand berlangsung, boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang beli dua jersey eksklusif ini, siap ada yang pakai terus! 

grab

Dengar cerita, punya ramai yang serbu untuk beli merch eksklusif ini, sampai hampir semua saiz habis! Jadi, maaf cakap, anda memang dah terlepas peluang keemasan ini.

3. Recharge Tenaga Dengan Booth Mountain Dew 

Selain makanan dan fesyen, LahLahLand juga ada booth Mountain Dew dekat zon MakanLAH, dan jujur cakap, memang happening sangat! 

grab

Ramai pengunjung datang ke booth ini bukan setakat untuk main video game saja, malah ramai juga yang nak berhibur dengan persembahan artis jemputan, serta podcast tentang Esports.

grab

Bila dah penat main game, of course ramai akan recharge tenaga dengan cuba perisa terbaru keluaran Mountain Dew. Siap dapat percuma keycap keychains yang sangat comel lagi!

4. Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik Untuk Dimenangi

grab

Selain daripada kolaborasi eksklusif yang kami sebutkan tadi, sebenarnya ada banyak lagi booth-booth menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah lumayan. 

grab

grab

Walaupun tumpuan utama acara ini adalah kepada fesyen dan makanan, tapi ramai je yang datang untuk lepak santai-santai bersama kawan-kawan dan keluarga. 

5. Noh Salleh, Lunadira & Ramai Lagi Gegar ConcertLAH

Akhir sekali, kedua-dua hari acara LahLahLand ditutup dengan persembahan yang cukup hangat daripada artis-artis jemputan di ConcertLAH! Memang happening sangat! 

grab

Sebab itulah kami kata anda dalam kerugian yang sangat besar apabila tak pergi ke LahLahLand ni, tengok betapa banyak yang anda dah terlepas!

Tapi, jangan risau, acara ini bukanlah yang terakhir, pastikan korang stay tuned untuk acara yang lebih gempak akan datang. 

grab lahlahland

Paling penting, jangan lepaskan peluang nikmati lebih banyak tawaran menarik apabila anda makan di luar dengan Grab Dine Out okay!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...