Rugi RM40 Ribu Dan Pengikut Youtube Berkurang 2.03 Juta, Isa Isarb Mohon Maaf

Hiburan

Rugi RM40 Ribu Dan Pengikut Youtube Berkurang 2.03 Juta, Isa Isarb Mohon Maaf

Tular baru-baru ini mengenai Youtuber terkenal, Isa Isarb yang didakwa terlibat dalam kes pergaduhan beramai-ramai di pusat futsal yang terletak di Subang, pada hari jumaat yang lalu.

Kes pergaduhan itu menjadi kecoh apabila ada rakan artis yang mula masuk campur dan telahpun menjadi kes siasatan pihak polis.

Advertisement
Isa Isarb gaduhSumber : Google  

Sehubungan dengan itu, Isa Isarb dilihat telah tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan akibat daripada kes tersebut.

Permohonan maaf itu dibuat Isa menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan pengikut media sosial miliknya.

Menurut Isa lagi, sebagai seorang yang berpengaruh di media sosial, dia sepatutnya menunjukkan contoh terbaik namun perkara sebaliknya berlaku.

View this post on Instagram

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Advertisement

“Darah muda, benda bodoh pula saya buat. Benda dah selesai terima kasih PDRM, saya minta maaf kepada semua yang terkesan.” ujarnya dalam video tersebut.

Tambah pemilik nama Isa Batharul Zaman ini lagi, dia kini menanggung kesan yang teruk terutama sekali kepada perniagaan dan akaun Youtubenya.

View this post on Instagram

A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

“Agak besar kesan dia, contoh sekarang ada musuh-musuh baru. Ada yang minta refund barang sampai terpaksa bayar balik sampai RM40,000. Bukan itu sahaja jumlah subsriber Youtube pun turun, daripada 2.06 juta jadi 2.03 juta. Lebih kurang 30,000 unsubscribe.”

Terdahulu, tular satu video pendek di media sosial yang memaparkan personaliti media sosial itu bersama-sama rakannya telah bertindak ganas memukul seorang pemain futsal sehingga cedera dalam satu pergaduhan yang terjadi di Subang, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian yang dianggarkan berlaku pada jalm 10.20 malam itu, mangsa didakwa telah diserang oleh 25 orang individu termasuk Isa Isarb hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Mat Remp

    March 10, 2021 at 5:05 pm

    org melayu lain yg selalu agong2 kan dia ni.
    mcm biasa, mintak maaf, bayar ganti rugi sebab dia ada duit.

  2. Anonymous

    March 10, 2021 at 9:14 am

    die mintak maaf sebab taknak followers lari je ni. bukan ikhlas pon. youtuber kebanyakkan jenis macam tu. sikit2 alasan darah muda. dah kalau muda boleh buat suka2 hati la ye? untung la guna kad “saya masih muda”

  3. Mek ti

    March 10, 2021 at 7:05 am

    Siapa bodo dia ni? Dah la takde rupa, perangai pun… ni mesti spoiled brat sebab tu perangai cam taik. Don’t marry this kind of guy cs nanti uolls gaduh, dia panggil satu kampong nak belasah u.

  4. cnjfnlrfvnlr

    March 10, 2021 at 4:17 am

    minta maaf je, pstu kes dh selesai.
    mudah nyaaaaaaaaaaaaaaaa

  5. Anonymous

    March 10, 2021 at 12:28 am

    Pengecut punya bangla ???.

Loading...