Rugi! Ramai Yang Tak Sedar Kesilapan Ini Ketika Asyik Membeli Belah

Hiburan

Rugi! Ramai Yang Tak Sedar Kesilapan Ini Ketika Asyik Membeli Belah

 Biasanya setiap kali musim jualan murah, ramai antara kita yang akan terus serbu pasar raya berhampiran untuk membeli belah dengan harga yang rendah. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan, semuanya akan jadi gila bila dengar perkataan ‘SALE’ dekat mana-mana. Ye lah, siapa saja yang tak suka jualan murah kan?

Tapi takkan nak kena tunggu ada jualan murah, baru lah kita boleh membeli belah dengan harga yang rendah? Itu salah satu sangkaan yang salah sebab tak semestinya kena tunggu jualan murah untuk dapatkan harga yang rendah. Bukan tu saja, ada banyak lagi kesilapan lain yang selalu kita lakukan ketika membeli belah. Yang penting, anda jangan ikut kesalahan yang kami senaraikan kali ini.

Advertisement

Tak buat senarai barangan yang hendak dibeli

shopping
Walaupun nampak macam remeh, tapi ini lah salah satu cara untuk anda pastikan tak berbelanja secara berlebihan masa membeli belah. Kalau ada senarai barangan yang nak dibeli, anda akan lebih fokus dan tahu apa yang perlu dibeli dan apa yang tak perlu.

Jadi sebelum keluar rumah, tulis siap-siap senarai barangan yang perlu dibeli. Bukan je anda lebih fokus, tapi dapat jimatkan masa juga semasa membeli belah. Bila dah tahu apa yang perlu dibeli, tak ada lah anda membuang masa lama sangat.

Membeli belah untuk lepaskan tekanan

shopping
Ini antara perkara yang selalu dilakukan oleh kita semua. Setiap kali ‘stress’ mesti akan ajak kawan-kawan pergi shopping kan? Tapi sebenarnya makin bertambah ‘stress’, lagi-lagi bila tengok duit banyak habis pada barang dengan harga yang mahal! Pendek kata, memang tak berbaloi.

Jadi ingat, jangan biasakan diri untuk lepaskan tekanan dengan cara membeli belah. Kalau anda pergi membeli belah dalam keadaan tertekan, anda akan membuat keputusan yang salah kerana terlalu beremosi. Don’t be an emotional shopper!

Tak semak resit selepas pembayaran

calculator
Okay, berapa ramai antara kita yang akan semak balik resit selepas membeli belah? Hmm.. biasanya lepas habis membeli belah, resit pun tak tahu dicampak ke mana lepas tu kan? Janji barang dah siap beli, benda lain dah tak peduli dah! Haa.. itu lah yang selalu kita buat semasa membeli belah.

Sebenarnya tak susah pun nak periksa semula. Cuma semak semula harga barang yang anda beli pada resit, pastikan harga yang dicas sama dengan yang sepatutnya dan pastikan baki yang diberikan cukup. Kalau semuanya betul, simpan semula resit dan ucapkan selamat tinggal pada duit anda.

Bandingkan harga sebelum dan selepas promosi

shopping
Anda cukup yakin ke barang yang anda beli tu memang dah cukup murah? Anda pasti? Jangan tertipu dengan taktik yang selalu dilakukan pada jualan murah ini. Sekali tengok memang nampak murah, lagi-lagi yang siap ada potongan diskaun 50% separuh dari harga asal.

Kebiasaannya promosi jualan murah akan dilakukan pada hujung tahun untuk habiskan stok sebelum tahun baru bermula. Tetapi ada juga harga barang ditawarkan itu jauh lebih mahal daripada premis yang tidak membuat jualan murah.  Jadi, jangan cepat terpedaya dan selidik dulu sebelum membeli.

Tak gunakan GrabPay ketika membeli belah

grab
Masih ada lagi ke yang tak gunakan GrabPay semasa membeli belah? Haa… ini lah kesilapan terbesar yang rakyat Malaysia lakukan ketika membeli belah kerana anda telah terlepas untuk mendapatkan kelebihan!

Kini aplikasi kegemaran ramai, Grab menawarkan banyak tawaran hebat kali ini di dalam kempen GrabPay Price! Khas untuk pengguna Grab, anda boleh nikmati harga lebih murah dari restoran, wayang, hiburan dan online merchant pilihan ramai. Jadi, inilah masanya untuk anda berjimat dengan GrabPay Price.

Sushi King

sushi king
Kepada peminat Sushi King, ini berita baik untuk anda! Dari 15 Nov 2019 sehingga 29 Feb 2020, anda boleh dapatkan 3 pinggan sushi yang berwarna ‘pink’ dengan harga RM2 sahaja dengan sebarang pembelian. Kalau diikutkan, harga asal adalah RM4 maknanya jimat separuh harga dengan GrabPay Price!

Domino’s

dominos
Pada 4 Nov sehingga 31 Jan 2020 ini, anda boleh dapatkan pizza bersaiz regular bermula pada harga RM12.90 (harga asal RM31.90) dan pizza bersaiz large berharga RM19.90 (harga asal RM42.90) bila anda bayar menggunakan GrabPay. Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu pergi ke Grab App dan cari Domino’s reward di bahagian “My Rewards” anda.

Watsons

watsons
Ini pastinya yang ditunggu-tunggu oleh kaum perempuan di luar sana kan? Sehingga 30 Disember ini, anda boleh dapatkan 20% rebate (hingga RM12) untuk sebarang pembelian online dan di stor. Bukan itu saja, untuk setiap RM1 yang dibelanjakan menggunakan GrabPay, anda akan mendapat 3x Watson Points.

MBO Cinemas

mbo cinemas
Jika anda membeli tiket wayang di MBO menggunakan GrabPay (pembelian minimum RM16), anda akan dapat baucer diskaun sebanyak RM7 untuk kombo Share/Movie (harga asal RM17/RM22). Ini lah masanya untuk anda ber ‘movie date’ bersama pasangan kerana promosi berlangsung sehingga 31 Julai 2020.

Bukan itu sahaja, ada juga promosi untuk online merchant seperti SEA Gamer Mall, 50Gram Florist dan Tedboy Bakery. Untuk SEAGM, anda boleh nikmati 20% rebate (hingga RM10), 20% rebate (hingga RM15) untuk 50Gram Florist dan Tedboy Bakery. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Januari 2020 hanya jika anda membayar menggunakan GrabPay.

sea gamer mall grab
50Gram Florist
Tedboy Bakery
Tedboy Bakery

Sentiasa lebih murah dengan GrabPay Price.

GrabPay bukan saja memudahkan urusan anda tapi harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah untuk anda berbelanja sakan. Kami pasti ini takkan jadi kesilapan terbesar anda ketika membeli belah jika anda menggunakan GrabPay. Kini anda tak perlu lagi tunggu jualan murah untuk dapatkan harga yang lebih murah dengan GrabPay Price. Jadi, tunggu apa lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Grab Pay

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...