Rugi Kalau Tak Buat Menantu, Anak Zarina Zainuddin Teringin ‘Melamar’ Mira Filzah Buat Isteri

Hiburan

Rugi Kalau Tak Buat Menantu, Anak Zarina Zainuddin Teringin ‘Melamar’ Mira Filzah Buat Isteri

Gelagat Azal, anak kepada pelakon Zarina Zainuddin nampaknya mencuit hati netizen apabila dia dikatakan cuba untuk melamar aktress cantik molek, Mira Filzah.

Zarina yang memuat naik entri terkini di Instagram memaparkan gelagat anaknya, Azal yang sedang cuba untuk ‘memperisterikan’ pelakon itu.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Zarina sempat memuji Mira yang menurutnya, sangat sesuai untuk dibuat menantu.

“Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik.. siapa tak nak kan dapat menantu cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni”

Reaksi Mira Filzah yang dirakam dalam video tersebut boleh ditonton di saluran Youtube Mangkin Pictures. Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur melihatkan gelagat Azal dan Mira Filzah yang mencuit hati.

View this post on Instagram

with my sulung and my bongsu si bongsu yang selalu cemburukan abangnya ??

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 Untuk info, pelakon Zarina Zainuddin mempunyai empat orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai,22, Muhammad Naim Azraidan,15, dan Muhammad Afam Azrai,12 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...