Rugi Jika Bakat Dipersia Kerana Buta Dalam Percintaan – David Teo

Hiburan

Rugi Jika Bakat Dipersia Kerana Buta Dalam Percintaan – David Teo

Abang Nara suka mendengar kata-kata daripada David Teo. Ayat-ayatnya memang power. Terbaru, David Teo selaku boss MIG telah memberikan sedikit kata nasihat kepada Uqasha Senrose yang merupakan artis naungannya yang telah mempamerkan aksi mesra dengan Pekin Ibrahim di laman sosial.

david teo

Advertisement

Kata David Teo kepada Sinar Harian:-

Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG dan kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular. Biarpun saya kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan. Rakan seangkatan sudah memberi nasihat, pengarah sudah memberi nasihat, pegawai MIG sudah memberi nasihat, jika dia masih degil, tunggu sahaja surat undang-undang

uqasha senrose

Ada benarnya juga kata David Teo itu. Sementara tengah baru ini, lupakanlah dulu hasrat bercinta. Naikkan nama terlebih dahulu. Kalau nak bercinta pun, janganlah dihebohkan satu Malaysia. Senyap-senyap sudahlah. Nanti bila dah popular dan nama dah betul-betul stabil, silalah bercinta bagai nak rak. Tak gitu?

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...