“Rugi Jadi Guard”- Netizen Persoal Wanita Dengan Rupa Paras Jelita Sanggup Kerja Jadi Pengawal Keselamatan

Kehidupan

“Rugi Jadi Guard”- Netizen Persoal Wanita Dengan Rupa Paras Jelita Sanggup Kerja Jadi Pengawal Keselamatan

Menjadi seorang pengawal keselamatan sememangnya sesuatu yang mencabar lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.

Bukan itu sahaja, pekerjaan ini seringkali dipandang rendah oleh segelintir masyarakat kerana ramai yang menganggap menjadi seorang pengawal keselamatan tidak memerlukan pendidikan tinggi.

Advertisement

Selalu berhadapan dengan penghinaan seperti berikut, Siti Nurulatiqah Nawawi menggunakan kecaman netizen sebagai pembakar semangat untuk terus berkhidmat sebagai pengawal keselamatan yang cemerlang.

Menerusi laporan mStar, difahamkan ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu mula bekerja sebagai pengawal keselamatan pada Januari 2021 selepas membuat keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Krai, Kelantan.

Dikatakan bercerai pada tahun 2020, wanita itu pernah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi kembali semula ke kampung halaman selepas beberapa bulan.

Atiqah berkongsi bahawa pernah ditawarkan kerja sebagai ‘cleaner’ tetapi menerima untuk menjadi  pengawal keselamatan kerana tawaran gaji yang lebih baik.

Mempunyai rupa paras yang jelita, ada sebahagian orang yang mempersoalkan pilihan kerjaya yang dipilih oleh wanita berkenaan.

Selain itu, ada juga yang membuat tanggapan bahawa Atiqah tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, dan ada segelintir yang memperlekeh kerjaya itu kerana dikatakan tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong pekerjaan yang dilakukan Atiqah kerana pekerjaan itu merupakan sesuatu yang halal dan mulia di sisi agama.

3 years ago

(VIDEO) Anak Dah 13 Tapi Badan Cantik Macam Anak Dara, Netizen Kagum Wanita Dapat Capai 'Body Goals'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...