Viral di media sosial TikTok apabila seorang ‘team leader’ bagi sebuah produk kecantikan dilihat telah membuang kesemua paket minuman berwarna kuning ke dalam tong sampah di tepi jalan.
Kata individu itu, ‘founder’ produk berkenaan telah menjual produk-produk keluarannya itu kepada pemborong sehingga menyukarkan dia dan anak-anak buah untuk berniaga.
Jelasnya lagi, dia telah mengambil masa satu tahun untuk menjual 10,000 kotak dan berbaki 2,000 kotak lagi yang belum terjual.
Difahamkan, baki produk itu terpaksa dibuang kerana sudah hampir tarikh luput.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan rasa simpati dan turut menasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memilih produk jualan pada masa akan datang.
T
Rasanya sudah sedia maklum, kebanyakan ‘founder’ menjadi kaya bukanlah disebabkan oleh produk mereka terjual kepada pelanggan tetapi kerana keuntungan yang diberikan oleh para ejen dan stokis.
Founder kaya sebab ejen beli banyak. Lepas tu tak terjual. Bukan sebab ramai orang beli.
Kata pemilik video itu lagi, dia sudah reda dengan apa yang terjadi dan menganggap kerugian yang dialaminya itu sebagai asam garam dalam perniagaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.