Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Rugi Anugerah Allah Berikan Suara Merdu Saya Tak Gunakan” – Aliff Syukri Mahu Rakam Lagu Baru?

aliff syukri

Rasanya semua sedia maklum bahawa setiap tindak-tanduk Datuk Aliff Syukri akan mendapat perhatian ramai. Malah lelaki itu menggunakan peluang tersebut untuk kelebihannya.

Advertisement

Meskipun menerima pelbagai kritikan, nampak gayanya usahawan popular itu masih belum lelah bagi menyumbangkan bakat nyanyiannya buat industri muzik tanah air.

Khabarnya, dia mahu mengeluarkan sebuah single terbaru berjudul ‘Sunyi’ nanti. Ianya bagi menggambarkan kesunyian yang dilalui kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Advertisement

Tambahnya, rugi jika dia mensia-siakan bakat yang terpendam di dalam dirinya.

Awak boleh terima tak? Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu saya tidak gunakan.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen meninggalkan kata sokongan buat Aliff Syukri selain meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengarkan lagu terbaru itu.

Tak kurang juga, ada yang bergurau dan mengatakan bahawa lagu baru itu nanti boleh ditetapkan sebagai nada dering dan set penggera buat mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. sedarlah alif syukri..

    September 1, 2021 at 11:48 pm

    sebab duit, semua org kipas dia kata suara dia sedap. dia pula poor insight.. hopefully family & wife dia tegurlah dari hati ke hati.. kesian pula tengok dia ni.. masih x sedar lagi yg teknik nyanyian dia sangat teruk…

  2. Anonymous

    September 1, 2021 at 10:39 pm

    What if, mengaji? Or, tlg laung azan kat surau2 or masjid2?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top