Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga mengalami kecederaan di bahagian pipi.
Susulan itu, Mahkamah Majistret memerintahkan pelakon berusia 29 tahun itu dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Terkini, Hafidz mengakui masih ada rasa cinta terhadap isterinya meskipun rumah tangga mereka sedang dilanda kontroversi.
Saya masih ada rasa cinta terhadap Shuhada. Saya juga akan cuba yang terbaik.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu juga memaklumkan ruang pendamaian sentiasa terbuka untuk memperbaiki semula hubungan mereka.
Ruang untuk berdamai dengan Shuhada sentiasa terbuka, insyaaAllah.
@ohbulanofficial “Saya akan cuba yang terbaik” – Hafidz Roshdi #ohbulan #fyp #viral #hafidzroshdi #mengaku #tidak #bersalah #pergi #hospital #bahagia
Dalam pada itu, Hafidz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya iaitu Humairah dan Umar selepas hampir dua minggu tidak berjumpa.
Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian.
Malah, dia juga meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya dan berharap agar netizen berhenti membuat spekulasi mengenai dirinya dan keluarga.
Doakan kebahagiaan rumah tangga saya.
@xtra_my Kenyataan rasmi Hafidz Roshdi #fyp #xtramy #kenyataan #rasmi #hafidzroshdi #dakwaan #memukul #isteri #mengaku #tidak #bersalah #beritaditiktok #sembangentertainment
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.