Tular sebelum ini mengenai seorang remaja perempuan, Siti Nur Balqiesh Rasid,17, yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi, Johor telah pun ditemui.
Difahamkan, Siti bertindak lari dari kediaman keluarganya kerana merajuk dan memberontak kerana tidak dibenarkan menukarkan kursus pengajian di sebuah kolej.
HEBAHAN ORANG HILANG :
Polis Daerah Kota Tinggi sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan orang hilang (OH) ini. pic.twitter.com/r8UibKCPHI
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 19, 2024
Dia yang membawa sebuah beg plastik mengandungi pakaian ditemui di sebuah kedai makan di Pasir Gudang oleh seorang anggota polis bantuan.
Bapa Siti, Rasid Sulaiman, memaklumkan anaknya itu ada bertengkar dengan ibunya berkaitan hasratnya untuk menukar kursus pengajian dan menafikan dakwaan lari bersama teman lelaki.
Dia dalam proses sambung belajar peringkat diploma dalam bidang kosmetologi, tapi baru-baru ini dia nak tukar kursus kepada kimpalan atau mesin peralatan.
Pensyarah dia terangkan tidak boleh tukar kursus kerana perlu belajar dari mula dan melibatkan kos lain. Isteri saya ada terangkan masalah ini, namun dia tidak boleh terima.
Terdahulu, pihak polis ada membuat siaran media mengenai kehilangan Siti Nur Balqies kepada orang awam pada hari Khamis lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.