(RPN) Darjah 1 Bermula Pada Umur 6 Tahun, Peperiksaan Penting Dilaksanakan Tahap Darjah 4 & Tingkatan 3

Berita

(RPN) Darjah 1 Bermula Pada Umur 6 Tahun, Peperiksaan Penting Dilaksanakan Tahap Darjah 4 & Tingkatan 3

Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini melibatkan empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mengukuhkan asas pembelajaran murid lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga Darjah 6.

Advertisement

“Kenapa nak tunggu Darjah 6 kalau kita boleh mulakan di Darjah 4. Tumpuan matriks pembelajaran Malaysia adalah kepada empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga akan diperkenalkan bermula 2027, melibatkan lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Bagi peringkat Tingkatan 3, penilaian akan menumpukan subjek yang sama seperti Tahun Empat dengan penambahan subjek Sejarah.

Anwar turut mengumumkan perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak, di mana pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun bermula 2027.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan murid mempunyai persediaan yang lebih kukuh sebelum memasuki alam pendidikan formal, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.

“Kita beri kelonggaran untuk ibu bapa (mulakan prasekolah pada usia 6 tahun), tapi kita galakkan bermula di usia 5 tahun,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa bermula tahun ini, semua sekolah rendah dan menengah akan dilengkapi dengan kemudahan sebaik mungkin bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi mata pelajaran teras.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

altantuya
2026-01-20 12:40:12

Kerajaan, Razak Baginda Dan Dua Pegawai UTK Dikehendaki Bayar RM1.4 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...