Written by AbangNara | November 25th, 2013

Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah pun terjawab petang tadi. Menerusi sidang media, bakal pengantin baru ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka ialah 11 Disember 2013 iaitu pada hari Rabu. Memang 11.12.13 adalah satu tarikh yang cantik dan menjadi pilihan ramai pengantin.

tarikh nikah che ta

Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Center selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam. Sehari sebelum, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam sekitar jam 8 malam. majlis persandingan pula akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.

tarikh nikah che ta

Rozita Che Wan, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300 daripada Zain Saidin. Turut disertakan ialah sebentuk cincin yang berharga RM93,300. Habib Jewels turut sama akan menaja barang kemas bernilai RM10 juta untuk ketiga-tiga majlis ini.

tarikh nikah che ta

Nampak gayanya jumlah keseluruhan perkahwinan pasangan ini melangkaui angka RM10 juta termasuk tajaan. Memang layak diberi gelaran “wedding of the year”. Pastinya banyak pihak terutamanya peminat sudah tidak sabar lagi menanti tarikh 11.12.13. Anda boleh menyaksikan kesemua majlis menerusi Astro Ria yang bertindak sebagai penyiar rasmi. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat Zain da Che Ta.

81 responses to Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11.12.2013

  1. wanji says:

    Alaaa. Sponsor aka pinjam. Dah pakai sila pulang balik! Kalau nak harap Zain sponsor semua mampu keeee. Cuma 1 je aku salute kat Che Ta, dia pilih Zain sebab muda & bujang. Kalau pilih Dato’ ke Tan Sri, dah tentu suami orang kan. Nanti orang cakap perampas & kikis harta pulak.

  2. pening lalat says:

    x heran sbb sponsor!! klu pakai duit sndr br aku salute… stakat sponsor..adehhh… xyah la nk bangga sgt..

  3. kak bedah says:

    mas kawin 9,300, hantaran 23,200, cincin 93,300 = utk nenek tua xsedar diri pakai korset 24jam mekap tebal smpi nampak cm bapok?
    xberbaloi ko keje kuat2 simpan duit bebyk dpt nenek 2nd hand lak tu.(sori bkn kak bedah nk condemn semua ibu tunggal ye).
    byk tu ko spend zain, baik la klau dpt wanita mcm umi nazeera ke, heliza ke…aiyoo…
    harap kekal la…kawin gilang gemilang, harap x cerai secara gilang gemilanglah ye.sekian time kasih.

  4. Anonymous says:

    ALHAMDULILLAH..KAWIN AKHIRNYE….ASYIK PRA2 JE….HOPE KAWIN NIE X PROPA YE……

  5. Yang Benar says:

    Zain bagi cincin bernilai RM93,300-00????? betoi ke Ringgit Malaysia entah2 Rupiah. Jangan lepas habis kawin, Along simbah cat kat rumah cukup… bkn la jealous, tapi mcm tak logic Zain Saidin ada duit sebanyak tu..wallallahualam…apa2 pun selamat pengantin baru..

  6. Anonymous says:

    eehhh kenapa sanding pukul 7.30malam..dan ke nak sembahyang maghrib..bila nak make up bila nak pakai baju nya..nanti yang datang tuh sekali ke tak sembahyang..sanding kemana sembahyang kemana.. wallahualam..renung-renungkan dan selamat beramal..10 juta 10 juta jugak..

  7. Jog-On & Piss-Off says:

    Ceq dok ada ghumah kat Central London duo tingkek lagik, penthouse kat Cyprus dan Slovakia pun dak heran ngat kat nenek nehhhh…ESPECIALLY haritu sopping-mopping kat London TAPI Primark jaaaa…seminggu ceq dok gelak kat hang…PRIMARK hahahahaha buat perabih tiket kapalterbang…tu pun kalau naik MAS…
    Anywayssss…selamat la noooo

  8. Che Ti says:

    Alhamdulillah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mempelai berdua dan diberkati kehidupan Dan berkekalan bahagia hingga ke jannatul firdausi. Ameen Allahumma Ameen.

  9. jeles la tu says:

    warga warga mengutuk kat sini semua DENGKI , tak puashati sbb tak dapat merasa apa yang Che Ta dapat hahaha jangan lah DENGKI dan BUSUK HATI…be positive la ini rezeki Allah kasi kat dia….

  10. Anonymous says:

    kesian

  11. anak mat saleh says:

    it is true what they say…. a person will eventually looks like a person he/she dates. i dont know who is trying harder to look like one another. zain or che ta. nontheless, both look ridiculously funny.

  12. […] yang demikian, terdapat syarat ketat tetamu majlis perkahwinan rozita che wan dan zain yang sangat ketat ketika majlis perkahwinan tersebut iaitu penganjur akan menyediakan […]