Rozita Che Wan Tegur Peniaga Di Instagram Yang Didakwa Menipu Pelanggan

Hiburan

Rozita Che Wan Tegur Peniaga Di Instagram Yang Didakwa Menipu Pelanggan

Rozita Che Wan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah mendedahkan taktik seorang peniaga Instagram yang sering didakwa menipu pelanggannya dalam jual beli barangan mewah secara online.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Che Ta yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, memberi amaran kepada pengendali akaun itu.

Advertisement

Ramai sangat yang mengadu ditipu. Saya cuma ingin membantu mereka yang ditipu. Ramai yang mengadu kepada saya.

Bagi saya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-sama kita ambil iktibar perkara ini agar pembeli lebih berhati-hati.

Akaun yang dikenali dengan nama Paris Shopping Heaven telah memperdayakan pelanggan dengan menggunakan khidmat ramai selebriti temaptan bagi mempromosikan barangan mewah seperti beg tangan dan kasut.

Memang mudah untuk mendapatkan keperluan kita secara atas talian tetapi kita haruslah berhati-hati agar tidak jadi mangsa. Kalau boleh minta bukti jika mereka berdaftar dengan SSM ataupun boleh melihat testimoni yang ada.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...