Umum mengetahui bahawa Rozita Che Wan memang sering bercuti ke luar negara bukan? Namun, berlaku satu insiden yang membuatkan beliau serik apabila ditahan oleh pihak Imigresen di KLIA sekitar tahun 2014 kerana namanya disenarai hitam atas dakwaan tidak membayar cukai pendapatan.
Saya sangat terkejut apabila ditahan di kaunter Imigresen di lapangan terbang. Kata mereka, nama saya telah disenarai hitam. Sejak itu saya serik serta sangat berhati-hati mengenai cukai pendapatan.
Tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada rakan artis lain, Che Ta menasihati mereka agar tidak memandang ringan perkara seperti ini dan harus bertanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan.
Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada artis lain, saya nasihatkan mereka turut melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Kini, Che Ta sudah melantik seorang peguam untuk menguruskan semua hal berkaitan pembayaran cukai pendapatan peribadi, termasuk membabitkan perniagaannya.
Hal berkaitan cukai pendapatan ini agak subjektif, ada artis yang fikir mereka boleh terlepas daripada tanggungjawab tersebut kerana pendapatan mereka tidak tetap. Namun, jangan sampai kena blacklist dan timbul pula beberapa masalah lain.