August 19th, 2016

Setiap kali ulang tahun kelahiran anak-anaknya tiba, pelakon Rozita Che Wan pasti menghadiahkan mereka sesuatu yang istimewa.

Jika tahun lepas Ammar Effendy mendapat hadiah jam tangan mewah Bell & Ross, tahun ini mereka sekeluarga bakal meraikan hari jadi Amar di salah satu destinasi pelancongan terkenal iaitu Santorini, Greece.

Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.

Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan.

Ditanya apakah hadiah yang bakal diberikan oleh Che Ta buat Ammar pada tahun ini, Che Ta bagaimanapun  enggan berkongsi perkara berkenaan dan ingin memberikan kejutan buat Amar.

Buat Che Ta, beliau bukan memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan tetapi hadiah barangan mahal merupakan tanda kasih sayang beliau buat anak-anaknya.

Kalau berkemampuan untuk hadiahkan anak-anak barangan mahal dan mewah apa salahnya? Biarlah selagi ada rezeki, selagi itu Che Ta ingin mencurahkan kasih sayangnya buat anak-anaknya dengan memberikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan mereka bersama.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...