Rozita Che Wan sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang gemar berpakaian cantik. Pakaian yang dikenakan biasanya menunjukkan susuk tubuhnya yang tinggi dan langsing walaupun mencecah usia awal 40’an.
Hari ini melalui mStar Online, Rozita memberitahu yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya agar kekal langsing.
Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh.
Kalau difikirkan, memang ada benarnya kata Rozita. Kalau baju dah tak muat tu, maknanya kena berdietlah tu kan?
Dia juga berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar mengikut trend fesyen.
Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri.
Patutlah badan Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Cik Ta kekal meletop dan bergetah kan. Bolehlah kita semua ikut caranya pakai baju ketat untuk jaga badan, tapi dalam rumah sajalah. Kalau keluar pakai baju patuh-syariah untuk hasil yang lebih sopan dan manis. Kan?
P.S: Mesti anda “hot” tengok gambar kemantapan badan Rozita Che Wan kan? Kurangkan kepanasan anda dengan memasang aircond di dalam rumah. Memang harga terbaik dan termurah di Malaysia. Tukang pasang pun pakar dan profesional. LIKE Facebook Aircond Murah Malaysia untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan.