Kalau anda menaip nama Rozita Che Wan di Facebook, Abang Nara rasa ada lebih daripada 10 hasil carian yang akan keluar. Abang Nara pun confuse mana satu yang original punya. Memang sukar untuk mengikuti perkembangan RCW kerana terlalu banyak akaun Facebook palsu.
Nasib baiklah baru-baru ini Rozita Che Wan telah mengumumkan yang dia telah membuat laman Facebook rasmi untuk memudahkan dirinya berinteraksi dengan peminat. Abang Nara dah LIKE dah pun. Abang Nara suka cara Rozita Che Wan berborak dengan peminatnya dengan menggunakan loghat Kedah. Cute sangat!!!
Agak tidak adil untuk pelakon sehebat Rozita Che Wan untuk mempunyai hanya sekitar 5,000 LIKE. Jadi kalau anda peminat selebriti jelita ini, segeralah ke Facebook Rozita Che Wan dan LIKE untuk memudahkan komunikasi dengannya. Untung badan mana tau dapat ngorat. Tak gitu?