Rozita Che Wan Cemas Aaisyah Dhia Rana Jatuh Katil Sehingga Hidung Berdarah

Hiburan

Rozita Che Wan Cemas Aaisyah Dhia Rana Jatuh Katil Sehingga Hidung Berdarah

Walaupun rumah terbuka Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini kelihatan meriah, tetapi ada satu insiden cemas yang berlaku sebelum majlis tersebut dimana anak mereka Aaisyah Dhia Rana telah jatuh daripada katil sehingga hidungnya berdarah.

Jelas sekali kejadian tersebuat membuatkan Rozita merasa cemas dan tidak tentu arah kerana ia kali pertama berlaku kepada anaknya itu.

Advertisement

Namun, Rozita merasa syukur Aaisyah tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas di pastikan oleh pihak doktor sendiri.

Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya

Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya ‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius.

dhia ranaIbu mana yang tidak merasa cemas jika sesuatu berlaku kepada anak mereka yang mereka kasihi, kata orang kalau boleh satu nyamuk pun mereka tidak mahu bagi gigit anak mereka. Syukurlah, Aaisyah Dhia Rana tidak apa-apa. Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...