Salah satu #relationshipgoal sebagai suami isteri ialah hidup bersama sehingga ke hujung hayat dan bertemu kembali di syurga. Kesemua pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan perkara ini termasuklah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Sesungguhnya Abang Nara terharu membaca kata-kata Che Ta tentang tujuan sebenarnya bertudung. Tak lain tak bukan ialah untuk menjadi seorang isteri mithali dan dapat masuk syurga bersama-sama Zain kelak.
Bertuahlah Zain Saidin mendapat seorang isteri yang mengikut cakap dan berusaha ke arah kebaikan. Abang Nara percaya semua isteri di luar sana ingin menjadi isteri mithali seperti Che Ta. Sama-samalah kita berusaha mengubah diri menjadi lebih baik. Permulaannya sudah tentu si isteri kena mendengar cakap suami terutamanya bab-bab kebaikan. Kata Che Ta:-
Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.
Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.
Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Jujur, saya tidak pernah ambil peduli tentang orang lain. Saya lakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri sendiri bukan sebab persekitaran atau paksaan orang. Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun tentang diri saya kerana bercakap tidak perlu bayaran.
Pada masa yang sama, lelaki-lelaki yang merupakan seorang suami juga jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab dan membimbing isteri serta anak-anak tercinta ke jalan yang diredhai Allah. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di jannah sama seperti impian Che Ta untuk bersama suaminya, Zain Saidin di syurga. InsyaAllah. Teruskan beristiqamah dalam menutup aurat. Semoga jalan kita dipermudahkan. Sumber Kosmo.