Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rozita Che Wan Bakal Bergelar Penyanyi

Memiliki pakej yang menarik sehingga berjaya bergelar pelakon, pengacara serta usahawan terkenal, kini Rozita Che Wan bakal bergelar penyanyi pula. Pernah didekati oleh beberapa komposer terkenal, Che Ta bagaimanapun lebih meminati Hazami untuk menghasilkan lagu untuknya.

Advertisement

Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya. Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa. Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi.

Berbicara dengan Hazami tentang hasrat Che Ta, penyanyi itu memberitahu suara Che Ta begitu sedap sekali ketika mengalunkan lagu berentak irama Malaysia. Oleh itu, Hazami mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden seperti rap untuk Che Ta nanti.

Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit. Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden untuknya. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan.

Wah, teringin juga kami mendengar suara merdu Che Ta menyanyikan lagu berentak irama Malaysia. Rasa-rasanya boleh setaraf dengan Noraniza Idris tak?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 Comments

  1. Mek Gemok

    January 23, 2018 at 1:45 pm

    Orang nak menyanyi, dia pun nak menyanyi ^_^

  2. melati

    January 23, 2018 at 10:06 am

    Aduiiiii , “Duit dh abis ker nk jadi penyanyi plak…” wakakakakaakakaa

    • wekkkkkkk

      January 23, 2018 at 10:17 am

      hampir kering…sbb anak-anak tgh membesar, perlu byk nk bagi kredit.

  3. anonymous

    January 23, 2018 at 9:25 am

    yang icon sama dok komen tu….tak takut ke setiap perkataan dan huruf anda mengutuk menghina mencaci mencela di catit oleh dua malaikat kiri dan kanan….nauzubillah…..

  4. eee geli

    January 23, 2018 at 9:22 am

    semua nk sapu, padahal diri bkn sempurna 100%.

  5. mak cute

    January 23, 2018 at 8:44 am

    penyanyi yg sedia ada pun dah byk melingkup…bdk2 AF pun ntah ke mana hala tuju…ko lak nk menyanyi…buat single ti adik beradik sendiri je la beli…duet ngan zain je la dlm bilik air…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top