Rozita Che Wan Bakal Bergelar Penyanyi

Hiburan

Rozita Che Wan Bakal Bergelar Penyanyi

Memiliki pakej yang menarik sehingga berjaya bergelar pelakon, pengacara serta usahawan terkenal, kini Rozita Che Wan bakal bergelar penyanyi pula. Pernah didekati oleh beberapa komposer terkenal, Che Ta bagaimanapun lebih meminati Hazami untuk menghasilkan lagu untuknya.

Advertisement

Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya. Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa. Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi.

Berbicara dengan Hazami tentang hasrat Che Ta, penyanyi itu memberitahu suara Che Ta begitu sedap sekali ketika mengalunkan lagu berentak irama Malaysia. Oleh itu, Hazami mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden seperti rap untuk Che Ta nanti.

Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit. Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden untuknya. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan.

Wah, teringin juga kami mendengar suara merdu Che Ta menyanyikan lagu berentak irama Malaysia. Rasa-rasanya boleh setaraf dengan Noraniza Idris tak?

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...