Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rozita Che Wan Akui Lebih Tenang Selepas Bertudung

Rozita Che Wan yang membuat keputusan untuk tampil berhijab sekembalinya beliau daripada mengerjakan ibadah Umrah di Mekah, mengakui  beliau kini merasa lebih tenang dan seronok dengan perubahannya itu.

Niat untuk bertudung sudah lama ada di dalam hati Rozita. Sebelum ini beliau sudah mencuba langkah pertama untuk berhijab ketika menyambut hari lahir suaminya Zain Saidin yang ke 31. Namun, niatnya itu semakin memuncak apabila beliau mula menjejakkan kaki di kota Mekah.

Advertisement

Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini.

Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini.

Rasa untuk berhijab juga telah didorong oleh doa Zain yang pernah menyatakan hasrat untuk melihat isteri tercinta menutup auratnya.

Kata orang, kalau hidayah itu sudah sampai maka seseorang itu akan dapat merasa nikmatnya dalam membuat sesuatu perubahan yang baik. Rozita Che Wan juga tampak lebih manis dan ayu selepas mengenakan hijab kan? Sama-samalah kita doakan semoga kehidupan beliau lebih diberkati. Amin

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top