December 3rd, 2014

9 tahun. Lama juga kan? Namun orang kata biar lambat asal buat ‘report’ polis. Isteri kepada vokalis Wings, Awie, Rozana Misbun telah membuat laporan polis berhubung dakwaan sijil perakuan nikah palsu yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam, sembilan tahun lalu.

Selepas mendapat khidmat nasihat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Rozana membuat laporan di buat di Balai Polis Butterworth kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi membolehkan pihaknya mendapatkan pengesahan berhubung sijil nikah yang diragui kesahihannya itu.
awie rozana misbunIni berkait dengan kes yang difailkan dan dokumen itu digunakan di mahkamah. Dokumen itu tidak betul dan diragui. Kami sudah refer dan pihak polis hendak tentukan dokumen yang kita ragui supaya boleh diambil tindakan terhadap orang yang keluarkan dokumen itu,” ujar peguam Rozana, Nor Azmi Mohd Arif.

Ketiadaan pengesahan dokumen berkenaan menyukarkan Rozana untuk berurusan mengenai kes-kes berkaitan hak penjagaan anak yang telah difailkan sebelum ini. Sumber Astro Awani


Comments are closed.

Loading...