Rozana Misbun Berjaya Dapatkan Tuntutan Fasakh Secara Taklik

Hiburan

Rozana Misbun Berjaya Dapatkan Tuntutan Fasakh Secara Taklik

Setelah beberapa bulan turun naik mahkamah dan pelbagai cerita hangat mengenai mereka diperkatakan selain wujudnya beberapa kenyataan balas tanpa henti daripada kedua-dua pihak, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun akhirnya telah gugur apabila Rozana telah berjaya mendapatkan tuntutan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand  tanggal 1 November 2014. Permohonan tersebut dilakukan di Songkhla kerana itu adalah lokasi mereka bernikah pada 20 Jun 2005.

Advertisement

Berpuas hati dengan segala keterangan dan bukti yang dikemukan oleh Rozana atas kes beliau dipukul oleh Awie pada 2 Jun 2014, maka permohonan fasakh itu diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014. Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit.

Rozana telah meminta agar Awie dan peguam yang mewakili penyanyi rock tersebut, Jamal Mohd Lokman untuk berjumpa dengannya bagi menyelesaikan beberapa lagi perkara. Malah, beliau juga menuntut agar Awie menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah kepada beliau seperti yang diperintahkan oleh pihak mahkamah setelah Rozana memperolehi hak penjagaan sementara pada 27 Januari lalu.

Awie menghadapi tuduhan di Mahkamah Majisteret Ampang, Selangor kerana mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding kes berkenaan yang sepatutnya disambung pada Rabu (hari ini) terpaksa di tangguhkan atas permintaan peguam Awie.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...