Pelakon Roy Azman akui pernah menegur rakan artis yang tidak menjaga kebersihan diri ketika berada di set penggambaran.
Roy atau Zairosminan Abdul Rahman berkata dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan itu dan berpendapat ia tidak sepatutnya dipandang ringan.
Ada juga saya pernah tegur seorang pelakon supaya menjaga bau mulut. Kadang-kadang kita berlakon dari pagi sampai pagi esok, memanglah mulut berbau.
Akui perkara itu normal di lokasi penggambaran, Roy berkata dia sentiasa pastikan mempunyai kelengkapan kebersihan diri di dalam keretanya.
Tambahnya, menjaga penampilan dan kebersihan diri adalah tanggungjawab individu demi keselesaan semua pihak selain dapat membantu seseorang pelakon menjiwai watak dengan lebih baik.
Perkara begitu biasa sahaja di set. Cuma bagi pelakon lelaki, banyak babak agresif, jadi perlulah fikirkan keselesaan orang sekeliling. Jaga penampilan ini kembali kepada individu itu sendiri. Tapi bagi saya, seeloknya kita buat orang di sekeliling rasa selesa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.