Baru-baru ini, melalui platform TikTok, satu video yang dimuat naik oleh YouTuber popular, Pian Padu Beb Studios telah menarik perhatia netizen selepas dia berkongsikan pengalaman makan roti John di Singapura.
Sos tak melimpah macam di Malaysia
Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik, roti John yang dijual berbeza jika hendak dibandingkan dengan roti John yang dijual oleh peniaga di Malaysia.
Roti John yang dibuat di Singapura itu menggunakan roti jenis French Loaf dan isinya adalah daging kambing, telur serta sos cili tetapi tidak melimpah ruah seperti dijual di Malaysia.
‘Roti John asli memang berasal dari Singapura’
Pembuatan roti John itu telah membuatkan YouTuber tersebut berasa kagum, lagi-lagi harga yang dijual juga dianggap berpatutan.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen Singapura menegaskan roti John berasal dari Singapura dan yang asli diperbuat seperti dalam video tersebut.