Roti Gardenia Bakal Naik Sehingga 20 Sen Sebuku Mulai 1 Disember 2020

Makanan

Roti Gardenia Bakal Naik Sehingga 20 Sen Sebuku Mulai 1 Disember 2020

(sumber cover photo – Penang Foodie)

Pasti anda semua teringat apabila bermulanya PKP awal tahun ini, terdapat peningkatan yang mendadak sehingga kilang Gardenia tidak dapat menampung jumlah permintaan yang perlu dikeluarkan setiap hari.

Advertisement

Reda sahaja permintaan ini, sebuah laporan yang dikeluarkan telah mengesahkan bahawa syarikat Gardenia Bakeries Sdn Bhd bakal menaikkan harga runcit mereka sehingga RM0.20 sen sebuku bermula 1 Disember ini.

Antara beberapa produk yang bakal naik harga bermula RM0.05 sen ialah Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

gambar hiasan

Produk seperti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries pula bakal naik sebanyak RM0.20 sen.

sumber – FB Gardenia

Kenaikan harga ini terpaksa dilakukan bagi menampung kos harga bahan mentah seperti serbuk koko, susu, pembungkusan dan lain-lain.

Sumber : AWANI 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...