Roti Enak Viral Dibuka Kembali Di RNR Sg. Buloh, Tawar Lebih 20 Jenis Roti Pelbagai Perisa!

Kehidupan

Roti Enak Viral Dibuka Kembali Di RNR Sg. Buloh, Tawar Lebih 20 Jenis Roti Pelbagai Perisa!

Sebelum ini, pakcik ini pernah viral di laman sosial Twitter dek fasihnya beliau menjual roti sambil Speaking. Bukan itu sahaja, sikap ramahnya menerangkan setiap bahan roti membuatkan pelanggan senang hati untuk membeli roti tersebut.

Menerusi perkongsian Aisya, dia ada memaklumkan mengenai pembukaan semula kedai pakcik Yusoff ini. Khabarnya, kedai pakcik ini sudah 2 bulan cuti. Korang dah pergi ke?

Advertisement

Berdasarkan video tersebut, kelihatan roti tersebut fresh dan gebu sangat. Tiba-tiba jadi teringin lepas pakcik ni explain.

“This is korean garlic cheese, very nice..very soft!”

Apa yang buat netizen tersentuh tu, apabila pakcik ini berulang kali memberitahu roti itu dibuat oleh isterinya. Bagus pakcik ni sentiasa ingat isteri ketika mencari rezeki kan.

“Ada 22 jenis roti yang berbeza, paling sedap dalam Kuala Lumpur, all homemade by my wife

Apa lagi? Jom lah pergi beli. Bermula 10 pagi ke 10 malam je tau. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua, support peniaga tempatan!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...