Roti Canai Tapau Ranking Roti Terbaik Di Dunia, Ini 3 Kuah Wajib Dinikmati Bersama Roti Canai!

Branded

Roti Canai Tapau Ranking Roti Terbaik Di Dunia, Ini 3 Kuah Wajib Dinikmati Bersama Roti Canai!

Siapa sangka, makanan kegemaran rakyat Malaysia, Roti Canai dinobatkan sebagai salah satu roti terbaik di dunia! Wah, tahniah Malaysia!!

Baru-baru ini, TasteAtlas, sebuah portal dalam talian yang mempromosikan makanan-makanan terbaik serata dunia telah mengeluarkan senarai roti terbaik dan Roti Canai telah mendahului ranking top 2 dunia dengan markah 4.9. Terbaiklah!

Kalau anda nak tahu, kedudukan yang ditetapkan adalah berdasarkan penilaian oleh komuniti TasteAtlas dengan 14,773 penarafan telah direkodkan, yang mana 9,719 daripadanya diiktiraf oleh sistem sebagai sah. 

Aduh, bila cerita pasal Roti Canai ni, auto rasa mengidam pula. Anda tahu tak selain kuah kari dan susu, ada 3 lagi kuah cecah dan makanan kombinasi yang CONFIRM sedap dimakan bersama roti canai!

1. Gula

Roti canai gulaSumber : MenuKuliner.net  

Selain susu, Roti Canai juga sedap dicecah dengan gula tau sebab rasa manis gula berbeza sedikit dengan rasa manis susu. Haa, kalau nak tahu apa bezanya, anda memang wajib cuba sendiri!

2. Sambal Sardin

Roti canai kuah sardinSumber : Today's Love Letters  

Kebiasaannya orang akan cecah roti canai dengan kuah dal atau kari dengan campuran sambal untuk tambah rasa pedas betul tak?

Haa, kalau anda bukan penggemar rasa pedas tapi nak rasa juga kepedasan yang manja, anda boleh cecah dengan sambal sardin sebab ia mempunyai rasa pedas dan masam. 

Plus point, anda boleh nikmati roti canai dengan ikan sardin yang mana ia merupakan salah satu kombinasi terbaik! 

3. Pisang Atau Keju

Roti PisangSumber : Burpple  

Untuk anda yang lebih gemar menikmati roti canai yang rangup tanpa cecah bersama sebarang kuah, anda wajib try kombinasi pisang atau keju sebab kedua-dua bahan ini menambahkan lagi rasa unik kepada roti canai! 

Tebar Roti Chanai Di Rumah Dengan Kawan Food!

Fuhh, cerita pasal roti canai ni, tiba-tiba rasa terliur pula. 

Cuba bayangkan perut tengah kosong, dapat makan roti canai yang rangup, cecah pula dengan kuah kari campur sambal, pergh memang surr! 

Kalau anda teringin nak makan roti canai tapi liat nak keluar rumah, jangan risau, anda boleh masak sendiri di rumah dengan Roti Chanai Kawan! Wah, senang betul~

Kawan Food merupakan pengeluar makanan beku yang terkemuka bukan saja di Malaysia, malah di sekitar 37 buah negara tau, dan terdapat pelbagai jenis produk dikeluarkan, antaranya Roti Chanai.

Masak roti canai dekat rumah

Untuk pengetahuan, disebabkan roti canai tersenarai sebagai roti terbaik dunia serta menerima permintaan yang banyak, Kawan Food tampil dengan pengenalan semula produk Roti Chanai tau! Yeay, bestnya!

Selain menjimatkan masa, apa yang menarik dengan Roti Chanai Kawan  ni adalah ia mempunyai tekstur yang sangat rangup dan sedap sama seperti di kedai Mamak. Bagusnya!

Jadi, memang umph lah kalau anda makan Roti Chanai Kawan dengan kuah cecah yang kami senaraikan tadi!

Kalau anda berminat nak cuba sendiri dan menikmati kerangupan Roti Chanai daripada Kawan Food ni, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit berdekatan. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Kawan Food atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...