“Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga” – PRESMA

Berita

“Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga” – PRESMA

Pengusaha restoran restoran India Muslim atau mamak yang bero­pe­rasi di Lembah Klang terpaksa menaik­kan harga makanan dan minuman pada kadar 20 sen hingga 50 sen sejak awal bulan ini bagi menampung kos bahan mentah yang naik mendadak.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan bagi menampung kenaikan harga barang yang meningkat sehingga 30 peratus.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, keputusan itu dibuat bagi memastikan restoran-restoran ber­kenaan masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, sekali pun purata keuntungan yang diraih mereka sangat kecil jika diban­dingkan sebelum ini.

Nasi kandar

Harga setiap makanan dan minuman di kira-kira 9,000 restoran mamak di seluruh negara dijangka naik sehingga 20 sen ke 50 sen.

Kenaikan harga tersebut akan melibatkan makanan dan minuman seperti roti canai, thosai, capati, mee goreng mamak, teh tarik dan milo.

Kami telah dapat mengekalkan harga selama lebih tiga tahun. Kami akan minimumkan kenaikan kami.

roti canai

Terdahulu, beberapa syarikat termasuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd telah menaikkan harga runcit produk tertentu ketika ekonomi kembali rancak ekoran Covid-19.

2 years ago

"Rakyat Perlu Bersedia Kenaikan Harga Ayam Melebihi RM9.10 Sekilogram" - KPDNHEP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...