Rotan & Tekan Dada Kanak-Kanak Dengan Lutut, Guru Sekolah GISBH Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

Trending

Rotan & Tekan Dada Kanak-Kanak Dengan Lutut, Guru Sekolah GISBH Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

Guru sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) hari ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, merotan tiga kanak-kanak dan menekan dada salah seorang daripada mereka dan telah menaikkan kemarahan masyarakat.

Advertisement

Lelaki itu mengaku bersalah sebaik sahaja empat pertuduhan dibacakan terhadapnya dan sempat memohon maaf sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Untuk kes ini saya benar-benar insaf dan tekad serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

guru GISBH dipenjara 10 tahun

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut keempat-empat pertuduhan itu, Muhammad Barur yang juga merupakan warden di situ didakwa seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun menganiaya mereka dengan merotan dan menekan dada menggunakan lutut salah seorang mangsa yang mungkin menyebabkan kesemua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

kanak kanak GISBH dirotan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua premis di Bukit Raja, Klang Utara di sini pada Jun, Julai dan September 2024.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

kanak kanak GISBH
2 months ago

Akibat Trauma Di Rumah Amal, KKM Kenal Pasti Kanak-Kanak GISBH Berdepan Isu Kesihatan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...