May 2nd, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri? Seorang yang gemar berkongsi semua perkara di media sosial dan tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Baru-baru ini, beliau dikecam teruk selepas memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

Tidak dinafikan, perkara itu mencetuskan perdebatan dikalangan netizen sehingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis terhadap Aliff atas dakwaan penderaan fizikal dan memalukan anaknya itu di media sosial.

Laporan itu dibuat pada hari Selasa lalu  oleh Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM), di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Mereka amat terkesan dengan tindakan Aliff yang diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal kanak-kanak.

Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya yang ditonton kira-kira 1.3 juta pengikutnya. Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

CRCM pada masa yang sama turut menggesa pihak  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kejadian ini.

Sumber Berita : mStar Online

36 responses to “Rotan Dan Malukan Anak Di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri”

  1. naza says:

    Boikot je… buat salah minta maaf pastu buat lagi dan lagi.. smpi la abg jamil mampus.

  2. Anonymous says:

    Itu kena pukul sbb buka tudung depan lelaki kan, lepas tu ayah sapukan balik ubat.Itu kesanya bukanlah lama, mgkn seminggu je. Yg kita ni waktu kecil, lagi byk didera, bukan shj didera sbb nakal, didera mcm2 suruh buat keja ye netizen, bykn waktu umur mcm tu (anak Dato’ Aliff) sudah ikut makbapak noreh getah, ambil getah sekerap, buang rumput2 mati di sawah sebelum padi di tnm dgn kuku kambing, berjemur di tgh pns matahari tegak kt kepala, ptg cari ikan pakai tangkul, car sayur, kemas rumh, sental lantai sampai licin, cari kayu api, potong kayu api, masak, dn byk lagi sampai lah ke umur 18 tahun buat kerja semua tu (tetapi bergantung pada cuti sekolahlah ), kalau cuti sekolah, semua kerja aku sebut tdi, akan dibuat, adakah ini penderaan, disbb kn didikan inilah aku jadi wanita yg berguna walaupun tiada pelajaran tinggi, jdi wanita bekerja, isteri yg menerima seadanya dan bersyukur. Adakah itu juga penderaan dri org tua saya, itu adalah mendidik supaya kita akan cekal menghadapi dugaan hidup dan x menyussah kan org tua, walhal, mak saya yg masih hidup ni pun kami adik beradik masih bagi duit bulanan pada mak walaupun sendiri juga kekurangan duit.
    Itulah kesannya dri didikan org tua zmn dulu, skrg, byk yg x cekal.
    Tapi datuk yg silap ambil gmbr.

  3. Anonymous says:

    Itu kena pukul sbb buka tudung depan lelaki kan, lepas tu ayah sapukan balik ubat.Itu kesanya bukanlah lama, mgkn seminggu je. Yg kita ni waktu kecil, lagi byk didera, bukan shj didera sbb nakal, didera mcm2 suruh buat keja ye netizen, bykn waktu umur mcm tu (anak Dato’ Aliff) sudah ikut makbapak noreh getah, ambil getah sekerap, buang rumput2 mati di sawah sebelum padi di tnm dgn kuku kambing, berjemoh di tgh pns matahari, ptg cari ikan pakai tangkul, car sayur, kemas rumh, sental lantai sampai licin, cari kayu api, potong kayu api, masak, dn byk lagi sampai lah ke umur 18 tahun buat kerja semua tu (tetapi bergantung pada cuti sekolahlah ), kalau cuti sekolah, semua kerja aku sebut tdi, akan dibuat, adakah ini penderaan, disbb kn didikan inilah aku jadi wanita yg berguna walaupun tiada pelajaran tinggi, jdi wanita bekerja, isteri yg menerima seadanya dan bersyukur. Adakah itu juga penderaan dri org tua saya, itu adalah mendidik supaya kita akan cekal menghadapi dugaan hidup dan x menyussah kan org tua, walhal, mak saya yg masih hidup ni pun kami adik beradik masih bagi duit bulanan pada mak walaupun sendiri juga kekurangan duit.
    Itulah kesannya dri didikan org tua zmn dulu, skrg, byk yg x cekal.

  4. Anonymous says:

    Itulah kesannya dri didikan prg tua zmn dulu, skrg, byk yg x cekal.

  5. Anonymous says:

    This is what i thought tooo.its a child abuse.

Loading...