May 2nd, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri? Seorang yang gemar berkongsi semua perkara di media sosial dan tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Baru-baru ini, beliau dikecam teruk selepas memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

Tidak dinafikan, perkara itu mencetuskan perdebatan dikalangan netizen sehingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis terhadap Aliff atas dakwaan penderaan fizikal dan memalukan anaknya itu di media sosial.

Laporan itu dibuat pada hari Selasa lalu  oleh Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM), di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Mereka amat terkesan dengan tindakan Aliff yang diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal kanak-kanak.

Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya yang ditonton kira-kira 1.3 juta pengikutnya. Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

CRCM pada masa yang sama turut menggesa pihak  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kejadian ini.

Sumber Berita : mStar Online


36 responses to “Rotan Dan Malukan Anak Di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri”

  1. Hamba Allah says:

    Aik. Dulu zaman kite tahun 90-an, kene sebat ngan hanger patah, kepala tali pinggang, getah paip, berbirat birat berdarah tapi da beso ye jadik orang. Xde plak netizen kiri kanan brbunyik. Sampai buat repot. Bukannya hari hari kene macamtu sampai nak tuduh bawah penderaan tu. Anak cukup makan pakai kasih sayang. Yg silapnya dia share to public kt sosmed. Itu je. Sbb aibkan. Kite dulu kene blasah da siap tutup pintu tingkap supaya jiran xdengo huhu. Kena baling kt dinding smpai berjahit dagu.

    • Anonymous says:

      Yang paling ditakuti. Masa kecil selalu kena pukul sampai rasa benda tu biasa je takde salah. Lepas tu ulang lagi dan lagi dan lagi pada generasi seterusnya.

  2. peace yo says:

    itu sebab skg ceramah banyak yg sebut perlanggaran dan dikenakan cacian dan makian dgn hanya menggunakan satu jari aja, maksudnya, u like to follow trend all things nak video and upload kat media social, ini jadi nya. not all things you can share in media social, apa yg nak lakukan balik pada fitrah, ingat sblm upload apa2 dimedia social. Pk2 kan yea, knp kau kena kecam.

  3. Anonymous says:

    Itu anak dia aper org nk kisah bodo tak habis

  4. Anonymous says:

    MARI KITA KE KL SABTU NI, BANTAH STATUT ROME, PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU, NAIK TRAIN JE, ATAU MOTO ATAU BASIKAL.

  5. Anonymous says:

    MARI KITA PERGI KE KL SABTU NI, BANTAH STATUT ROME. PERTAHANKAN RAJA-RAJA MELAYU.

Loading...