May 2nd, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri? Seorang yang gemar berkongsi semua perkara di media sosial dan tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Baru-baru ini, beliau dikecam teruk selepas memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

Tidak dinafikan, perkara itu mencetuskan perdebatan dikalangan netizen sehingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis terhadap Aliff atas dakwaan penderaan fizikal dan memalukan anaknya itu di media sosial.

Laporan itu dibuat pada hari Selasa lalu  oleh Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM), di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Mereka amat terkesan dengan tindakan Aliff yang diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal kanak-kanak.

Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya yang ditonton kira-kira 1.3 juta pengikutnya. Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

CRCM pada masa yang sama turut menggesa pihak  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kejadian ini.

Sumber Berita : mStar Online


36 responses to “Rotan Dan Malukan Anak Di Media Sosial, NGO Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri”

  1. joe says:

    suka menunjuk nunjuk, rotan anak pun nk beritahu 1 dunia

  2. bong cit says:

    moral of story jgn la bodoh sgt smpi hal dlm kain pun nk masuk ig…pukul anak..bini beranak…dasar lapar like bila kena meroyan

  3. Anonymous says:

    padan muka si aliff syukri ni… sume hal pun nak tunjuk kt media social…
    pesal laa aku rase org nama aliff always seek attention

  4. Mak Bawang says:

    Aku laaaa tak boleh betoi dia ni.
    Aku dok tengok ja, tak penah rasa nak komen.
    tapi kali ni aku rasa melampau sangat dah.
    mg anak hang, kalau hg rasa pukui anak lagu tu betoi, (bagi hang lah kann),
    pukui.
    tapi hat pi boh dalam social media, pasaipa?
    hat tu antara hangpa anak beranak la.
    hang tak pikiaq pasai psychology development dia ka?
    kita ni, biaq xpandai, biaq ada SPM hatta PMR saja,
    tapi dah jadi mak pak ni, biaq cerdik sikit!

  5. Defendant says:

    Biarlah dia nak ajar anak dia mcm mana pon. Xperlu smpai org lain masuk campur..NGO nk buat report polis la apa laa..APOOOOO?? Hak dia sebagai seorang bapa mendidik anak2 nya untuk tahu HUKUM. Mmg ada benarnya, xmanis kiranya di warwarkan di media sosial tp kita ambil sebagai sudut positif dan jadikan ianya sebagai ikhtibar supaya anak2 kita juga kenal HUKUM. Supaya nanti anak2 kita atau KITA SENDIRI tidak menggunakan istilah “BELUM BERSEDIA”..”BIARLAH ANTARA SY DAN TUHAN”…Zaman dulu isu rotan ini isu normal bila ibu/ayah mengajar anaknya, cuma bezanya zaman dulu tiada social media seperti sekarang..

    Maka, jgn laa kita terlalu sibuk atau ambil tahu hal orang sampai kita atau ahli keluarga kita sendiri juga lalai dgn HUKUM ALLAH, Bertudung dan jagalah AURAT MU, wahai sabahat smua. Jadikan berita ini sebagai PERINGATAN buat KITA SEMUA betapa PENTINGNYA BERTUDUNG dan MENJAGA AURAT!

Loading...