“Rotan Bukan Penyelesaian? Entahlah Kak Menteri..” – YB Duyong

Kehidupan

“Rotan Bukan Penyelesaian? Entahlah Kak Menteri..” – YB Duyong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, YB Noor Helmy Abdul Halem, menegaskan pendiriannya untuk mempertahankan tindakan disiplin termasuk penggunaan rotan di sekolah, susulan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bahawa “rotan bukan jalan penyelesaian” terhadap isu buli dan salah laku pelajar.

Menerusi hantaran di Facebook, Noor Helmy berkongsi pengalamannya ketika zaman persekolahan dahulu, di mana beliau pernah dikenakan hukuman rotan oleh mendiang Cikgu Hau Kim Chai hanya kerana ke siber kafe. Katanya, ketegasan guru pada zaman itu terbukti berkesan dalam membentuk disiplin serta sahsiah pelajar.

Advertisement

“Saya tak pernah marah bila dirotan. Sebab saya tahu, cikgu nak ajar saya jadi manusia. Zaman dulu cikgu garang, tapi hasilnya ramai yang berjaya,” katanya.

Beliau turut menegur segelintir ibu bapa masa kini yang terlalu melindungi anak sehingga mengugut pihak sekolah dengan alasan anak mereka bakal menjadi pengundi.

“Kalau cikgu tegur sikit, mak ayah datang serang. Ini bukan caranya. Jangan jadikan alasan politik untuk rosakkan disiplin anak-anak,” ujarnya.

Tegas Noor Helmy, ketegasan guru perlu dihormati, dan beliau percaya pendekatan disiplin — termasuk rotan — masih relevan jika dilakukan dengan penuh tanggungjawab demi mendidik generasi muda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asyraf Khalid dilantik
2025-10-10 13:29:46

Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Pengarah Madani Research Centre - " Anak Muda Bukan Kurang Bakat, Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...