May 22nd, 2020

Walaupun kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa rakyat Malaysia dihalang daripada pulang ke kampung halaman masing-masing dengan alasan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi masih ramai lagi yang berdegil.

Pun begitu, pelakon Datuk Rosyam Nor menunjukkan teladan yang baik dengan membuat keputusan untuk tidak balik beraya di kampung meskipun hanya mempunyai jarak 10 minit daripada rumahnya. Bahkan ahli keluarganya yang lain juga bersetuju untuk tidak pulang ke Kampung Melayu Subang untuk tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

“VIDEO CALL AJE” ya MAK ?? Tapi Mak aku tunjuk ? Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni. Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang. Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Hal ini kerana ibu mereka yang sudah berusia 80 tahun lebih mudah terdedah dengan bahaya penyakit, jadinya pendekatan drastik ini telah diambil. Serius dengan hal tersebut sehinggakan keluarga mereka telah memasang banner bagi menghalang pengunjung daripada mengerumuni rumah tersebut.

Bukan sahaja jiran tetangga malahan Rosyam Nor juga meminta saudara jauh agar tidak menziarahi ibunya walaupun hanya beliau seorang yang tinggal dalam keluarganya.

Bukan tidak mahu beramah mesra ketika hari bermakna tersebut, tetapi seruan kerajaan dan kesihatan semua orang lebih patut diutamakan dalam kita melawan pandemik kini.

rosyam nor

Entri yang dimuat naik oleh Rosyam Nor itu ternyata menerima sokongan padu daripada netizen dek tindakan lelaki itu yang mementingkan keselamatan ibunya. Bahkan ramai juga yang bercadang untuk meneladani tindakan pelakon tersebut.

Hari Raya Aidilfitri memang seronok tetapi kesihatan masing-masing lebih penting.


One response to “Rosyam Nor Tidak Pulang Ke Kampung Beraya Walaupun Jarak Perjalanan Hanya 10 Minit”

  1. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    bagus ikot arahan kerajaan ok..bukan tak pernah balek ke kampong tol tak..lov rosham..

Leave a Reply to minah jambu say STAY AT HOME !! Cancel reply

Loading...