Rosyam Nor Akui Selebriti Kini Lebih Cepat Kaya Berbanding Zamannya Dahulu

Hiburan

Rosyam Nor Akui Selebriti Kini Lebih Cepat Kaya Berbanding Zamannya Dahulu

Mendedahkan dirinya amat menghormati tindakan segelintir selebriti muda tempatan yang berani tampil mengaku mereka kini bergelar jutawan, usahwan, penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor mengakui gelaran jutawan itu hak masing-masing dan tampil tidak menafikan bahawa makin ramai selebriti muda yang menceburi perniagaan ketika ini.

Rosyam Nor Akui Selebriti Kini Lebih Cepat Kaya Berbanding Zamannya Dahulu

Advertisement

Namun begitu, Rosyam memaklumkan, andai dalam kalangan mereka yang masih ada banyak hutang yang perlu diselesaikan, belum tiba masanya untuk menerima gelaran berkenaan.

“Gelaran jutawan atau tidak itu, biarlah kerana difinisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit. Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaikan dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan.”

Katanya lagi, ada kebaikan dan keburukan jika berani mengaku sudah bergelar jutawan.

Rosyam Nor Akui Selebriti Kini Lebih Cepat Kaya Berbanding Zamannya Dahulu

“Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan sudah  jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai  untuk lebih berusaha hingga berjaya. Manakala, kontranya ialah perihal keselamatan yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada.”

Dalam pada itu, Rosyam memaklumkan bahawa peluang selebriti masa kini untuk hidup mewah agak mudah kerana wujud pelbagai cabang platform untuk mereka menjana pendapatan berbanding selebriti lama seperti dirinya dahulu yang lebih mencari peluang untuk dipilih sebagai duta produk oleh rangkaian syarikat terkemuka sebagai usaha menambah pendapatan.

Rosyam Nor Akui Selebriti Kini Lebih Cepat Kaya Berbanding Zamannya Dahulu

“Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat. Saya dapati, buat ‘review’ produk di Instagram pun selebriti dibayar. Begitu juga, kandungan video di saluran YouTube.”

Sekadar informasi, Rosyam merupakan antara pelakon yang amat disegani dalam kalangan pekerja industry dari zaman mudanya sehingga kini. Selain aktif berlakon, beliau juga merupakan usahawan selebriti yang dikenali ramai dengan sifat rendah dirinya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...