Rosyam Noor Luah Rasa Syukur, Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Hiburan

Rosyam Noor Luah Rasa Syukur, Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Noor yang telah selamat menyambut kehadiran cucu keempatnya semalam.

Datuk Rosyam Noor
3 years ago

Datuk Rosyam Noor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

Advertisement

Momen tersebut ternyata lebih bermakna buat Rosyam kerana penantian kira-kira 32 tahun berakhir apabila impiannya untuk menerima cucu lelaki pertama akhirnya tercapai.

32 TAHUN! Alhamdulillah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaanMu.

Berita gembira tersebut dikongsikan Rosyam menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Dalam hantaran tersebut, Rosyam memberitahu bahawa dia telah dikurniakan lima orang anak perempuan hasil perkahwinannya bersama isteri dan dikurniakan tiga cucu perempuan hasil perkahwinan anak sulungnya.

Dalam pada itu, Rosyam jelas gembira kerana penantiannya selama 32 tahun untuk menerima seorang ‘hero’ dalam keluarga akhirnya tercapai dengan kelahiran cucu lelaki pertama hasil perkahwinan anak keduanya.

Rosyam Noor

Sambil menzahirkan rasa syukur, pelakon yang popular dengan lakonannya dalam filem Castello itu juga sempat bertanya kepada pengikutnya akan nama yang sesuai untuk diberikan buat cucu terbarunya itu.

Susulan daripada hantaran tersebut, rata-rata peminat dan pengikut Rosyam menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat ibu serta anak yang baru dilahirkan.

Sekadar info, Rosyam Noor telah berkahwin dengan Runika Mohd Yusoff pada tahun 1989 dan dikurniakan lima orang anak yang kesemuanya perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...