Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

Hiburan

Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

Para pembaca BeautifulNara terutamanya dari kalangan generasi X rasanya mengenali Rosnah Mohd Noor. Sebelum ini dia telah berlakon dalam pelbagai filem, antaranya Esok Untuk Siapa dan Hantu Siang.

Gambar asal mStar Online


Petang semalam, Rosnah, 54, telah meninggal dunia setalah tiga tahun menghidap kanser payu dara di Hospital Kuala Lumpur.

Advertisement

Rosnah pernah berkahwin dengan Iwan, bekas penyanyi dan pencipta lagu dangdut pada 1988 -1995. Beliau meninggalkan tiga orang anak dan seorang cucu. Jenazah beliau ditempatkan di rumah ibu saudara mereka di Ampang, berikutan menunggu ketibaan anak pertamanya, Wan Ramada Agus Putra untuk pulang dari Australia kerana sedang melanjutkan pelajaran di sana.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kredit info Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...