Rosmah Mansur ‘Claim’ Program Permata Pintar Berjaya, Anggap Iz Emir Seperti Anaknya Sendiri – “Kecerdasannya Memukau Saya”

Kehidupan

Rosmah Mansur ‘Claim’ Program Permata Pintar Berjaya, Anggap Iz Emir Seperti Anaknya Sendiri – “Kecerdasannya Memukau Saya”

Datin Seri Rosmah Mansur tampil mengucapkan tahniah Iz Emir, remaja berusia 12 tahun yang berjaya mencipta sejarah sebagai mahasiswa termuda di Universiti Malaya.

Difahamkan, Iz kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.

Advertisement

Tulis Rosmah di satu hantaran Facebook, dia berbangga Iz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di usia yang cukup muda.

Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri. Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali saya berjumpa dengannya di Permata Pintar. Hari ini saya kembali merasa bangga apabila dia menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah UM sejak 1962.

Dalam pada itu, Rosmah turut mengimbau penglibatan Iz dalam program kendaliannya iaitu Permata Pintar yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iz yang pada ketika itu berusia 6 tahun sudah berada di tingkatan 1 di mana ia adalah satu pencapaian yang luar biasa buat kanak-kanak yang berada di usianya.

Remaja itu kemudian menamatkan O-Level ketika berusia 8 tahun menamatkan A-Level pada usia 11 tahun.

Iz Emir juga menerima sijl daripada John Hopkins Centre for Talented Youth sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap kecermalangan dalam akademik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

16 hours ago

Pilih Jurusan Sains Matematik, Kanak-Kanak 12 Tahun Cipta Sejarah Jadi Pelajar Termuda Universiti Malaya!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...