Baru-baru ini, tular satu dakwaan menyatakan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sudah pun bercerai.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Rosmah memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya dengan memaparkan tangkap layar satu akaun palsu menggunakan namanya.
Dalam hantaran yang dimuat naik, dia memaklumkan bahawa dirinya hanya ada dua akaun media sosial iaitu Facebook dan TikTok, malah siap meletakkan pautan kedua-dua akaun sah.
Difahamkan, hantaran dakwaan palsu Rosmah bercerai sudah pun dipadam.
Untuk info ramai, Rosmah Mansor merupakan isteri kedua Najib Razak dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Norahsman serta Nooryana Narjawa.