Rosmah Dakwa Beg Tangan Mewah Yang Dirampas Rosak Diconteng ‘Magic Ink’

Trending

Rosmah Dakwa Beg Tangan Mewah Yang Dirampas Rosak Diconteng ‘Magic Ink’

Salah satu perkara yang menggemparkan rakyat Malaysia ketika pembongkaran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah koleksi-koleksi beg tangan mewah Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas semasa serbuan di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun, menurut peguam bagi perbicaraan skandal tersebut yang mewakili Najib dan Rosmah mendakwa beg tangan mewah yang disita telah diconteng dengan ‘magic ink’ dan mengalami kerosakan ketika ia ditanda oleh pihak polis ketika melakukan rampasan.

Advertisement

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kerosakan pada beg tangan itu disedari oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa ketika melakukan pemeriksaan barang di Bank Negara.

“Beg berharga jutaan ringgit rosak kerana ia ditanda secara terus, menunjukkan pihak berkuasa lalai dalam menjalankan tugas terhadap barangan terbabit.”

Shafee turut berkata, anak guamnya tidak diberi peluang untuk berada di lokasi ketika kesemua barangan dirampas dan menegaskan bahawa proses penyitaan dilakukan secara tidak teratur.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin menolak tuntutan itu dan mengatakan bahawa semua barangan tersebut telah didokumentasikan mengikut prosiding.

Dia juga menambah bahawa dakwaan yang mengatakan barang-barang yang dirampas telah rosak adalah tidak tepat kerana ia telah disimpan dengan selamat di peti besi yang berada di Bank Negara dan hanya boleh diakses oleh pegawai yang diberi kuasa sahaja.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...