July 23rd, 2009

roslin hashim

Adoi. Memang memalukan kaum lelaki betul la si Roslin Hashim nie. Ada ke patut nak tuntut ganti rugi RM50,000 dari bekas isteri dia (Faizah) sebab bercerai hari tue. Kitorang geleng kepala berkali-kali lepas baca Harian Metro semalam. Nampak macam lelaki desperate, pengecut dan tak tahu malu betul la si Roslin nie.

Bagi yang tak tahu, Roslin bercerai dengan isterinya selepas hanya 12 hari berkahwin. Sebab musabab penceraian memang tak tahu sampai sekarang. Banyak la spekulasi yang keluar.

Kenapa plak si Roslin nie mengada nak minta tuntutan ganti rugi kat bekas isteri dia? Dia yang gi ceraikan, bukannya bini dia yang mintak cerai. Bukan bini dia main kayu tiga ke apa ke. Kau yang ceraikan, kau tanggung la sendiri. Standard la kalau laki habis duit untuk kawin, yang kau muka tak malu nak claim balik wat apa?

Kalau perempuan yang wat camnie kami boleh terima lagi. Ini lelaki. Memang menjatuhkan maruah lelaki Malaysia. Nampak macam desperate dan mata duitan sangat si Roslin nie. Kesian kami kat bekas bini dia yang tiba-tiba jer kena pikir mana nak carik 50 ribu ringgit.

Apa-apa pun Roslin, anda memang hampeh, tak kool dan tak tahu malu. Dah cerai tue dah la, wat pe nak jaja cerita anda lagi. Sungguh dayus!!!

P.S: Ini adalah pendapat peribadi dari kami sendiri. Mungkin kata-kata yang dikeluarkan agak kasar sebab emosi kami tak stabil selepas membaca berita nie. Tidak ada niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa dalam artikel ini. Tapi kalau terasa, lu pikirlah sendiri.


Comments are closed.

Loading...