August 17th, 2010

roslin hashim cerai kali kedua

Ok ini serius memang misteri nusantara nie. Ingat lagi tak kes Roslin Hashim yang bercerai dengan isteri pertamanya selepas 12 hari berkahwin? Untuk pengetahuan anda, 9 Julai lepas Roslin Hashim telah pun berkahwin untuk kali kedua dengan Norhayati Othman, 38 tahun, Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) . Dan selepas lebih kurang sebulan, Roslin kali ini dah pun mengfailkan penceraian untuk isteri keduanya nie.

Kami tak tahu apa masalah sebenarnya tapi ini macam dah melampau sangat nie. Ingat kahwin tue macam main badminton ke apa. Boleh main cerai-cerai suka hati. Reason yang diberi sebab ada permasalahan dalam rumah tangga. Come on lah beb. Kitorang yang tak kahwin lagi ni pun memang tahu confirm akan ada ada problem lepas berkahwin. Takkan sebab tue pun nak cerai kot?

Orang kata pisang tak berbuah dua kali tapi untuk kes Roslin nie nampaknya mungkin pisang akan berbuah berpuluh-puluh kali kot. Mungkin Roslin ingin mengukir nama dalam Malaysia Guiness Book (betul ke ejaan nie) sebagai seorang lelaki yang berkahwin dan bercerai paling banyak dalam masa yang singkat.

Pening kepala dengan si Roslin nie. Memang pelik bin ajaib nie. Roslin oh Roslin.

P.S: Rahsia jadi jutawan MLM dalam masa sebulan TERBONGKAR!!!


Comments are closed.

Loading...