Melalui laporan Harian Metro, bekas madu pelakon, Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib menyifatkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta’ah yang difailkan terhadap bekas suami, Rosland Othman adalah inisiatif yang wajar daripada pihaknya.
Rosland tak pernah bagi nafkah
Menurut Adibah, perceraian yang berlaku sejak Ogos 2023, dirinya sama sekali tidak mendapat nafkah iddah daripada lelaki itu dan sebagai bekas isteri, dia merasakan perlu mengambil tindakan untuk tuntut hak yang sepatutnya.
Dia pun buat senyap sahaja, maknanya tak ada apa-apa nafkah untuk saya. Maka, kita memang kena ambil inisiatiflah untuk dapatkannya. Sebab selepas cerai, untuk nafkah iddah memang tiada jumlah ‘official’. Begitu juga dengan nafkah anak daripada bekas suami tiada jumlah ‘official’ yang ditetapkan juga.
Jadi, apa yang saya buat ini untuk kita ‘make it clear’ dan kita nak terperinci (jumlah nafkah anak) supaya betul-betul cukup untuk saya dan anak-anak teruskan kehidupan
View this post on Instagram
Akan terus berjuang untuk diri dan anak-anak
Apabila ditanya oleh pihak media mengenai kesanggupannya turut naik mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan kekal anak sebelum ini, Adibah berkata dia akan terus berjuang buat diri dan anak-anak.
Cuma, penerimaan pihak sana (bekas suami) pada mulanya agak susah juga macam bila penghantar notis (tuntutan) nak hantar notis kepadanya, dia tidak terima dan tiada di rumah. Tapi, akhirnya dia dapat notis pada 30 Jun lalu.
Katanya lagi, dia turut menuntut jumlah yang setimpal untuknya serta anak-anak merupakan tempoh pengorbanan dan tempoh perkahwinan dibina sebelum bercerai.