Roslan Shah Nafi Sumpah Anak Ifa Raziah Jadi Pondan, Dedahkan Cerita Sebenar

Hiburan

Roslan Shah Nafi Sumpah Anak Ifa Raziah Jadi Pondan, Dedahkan Cerita Sebenar

Sebelum ini selebriti Ifa Raziah sudah tidak dapat mengawal rasa sebak dan terkilan apabila rakan baiknya pengacara dari Singapura,  Roslan Shah memburuk-burukkan anak dan suaminya. Antara tindakan Roslan yang dikatakan melampau ialah menyumpah anak lelaki Ifa menjadi pondan. Setelah menerima pelbagai tomahan dan fitnah yang menyebabkan rumah tangganya hampir musnah, Ifa mengakui beliau sudah tidak mampu untuk memaafkan individu tersebut.

Walaubagaimanapun, Roslan menafikan beliau ada mendoakan anak Ifa menjadi pondan dan tampil mendedahkan punca persengketaan mereka menerusi akaun Instagramnya.

Advertisement

Setiap apa yang berlaku hanya Ifa dan Roslan sahaja yang tahu. Kami berharap kedua-dua selebriti ini mampu menyelesaikan masalah ini secara matang dan janganlah hanya mengadu domba di media sosial sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.