Terus berbalas kenyataan di media sosial dan mendedahkan pelbagai cerita, kemelut antara pengacara Roslan Shah dan Ifa Raziah nampak seperti tiada kesudahan. Agak hangat juga pergaduhan mereka berdua ini yang penuh dengan unsur fitnah dan ditambah pula dengan rasa bengang Ifa apabila mendakwa Roslan menyumpah anak lelakinya menjadi pondan.
Walaubagaimanapun hari ini, Roslan terbuka hati untuk menghentikan “perang” dengan Ifa atas nasihat beberapa pihak.
Dengan ini, saya membatalkan pertemuan dengan pihak media yang pada awalnya dirancang pada Jumaat (12 Januari) ini. Atas nasihat ramai juga, saya takkan membuat sebarang ulasan atau maklum balas berkenaan hal itu lagi selepas ini.
Selepas ini, saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya sebagai penghibur, mencari rezeki dan menjaga ibu yang sakit di Singapura. Saya tidak sesekali mencari publisiti murahan dengan bergaduh sesama rakan artis. Di sebalik semua cabaran dan dugaan hidup dilalui, saya selalu percaya ada hikmah terbaik di sebaliknya. Hanya Allah yang mengetahuinya.
Malah, Roslan menerusi akaun Instagramnya semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ifa atas segala kesalahan dan percakapan beliau yang menyinggung hati wanita tersebut sebelum ini.
Pada pendapat kami, apa yang berlaku memang ada menyakitkan hati kedua-dua belah pihak. Namun, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Apa agaknya reaksi Ifa terhadap permohonan maaf serta tindakan Roslan yang mahu menamatkan kemelut yang mereka hadapi? Sama-sama kita nantikan.