Rosix Omar ‘Spill’ Bayangan Hari Bahagia Noor Nabila? – “Yang Dapat Jemputan, Jangan Lupa Datang”

Kehidupan

Rosix Omar ‘Spill’ Bayangan Hari Bahagia Noor Nabila? – “Yang Dapat Jemputan, Jangan Lupa Datang”

Pempengaruh media sosial, Rosix Omar mencetuskan tanda tanya apabila seakan memberi bayangan bahawa rakannya, Noor Nabila bakal melangsungkan hari bahagia tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rosix dilihat menemani kakak kepada Neelofa itu berada di sebuah kawasan lapang yang dipercayai lokasi acara. Kehadiran perunding perkahwinan terkenal, Reka Teemor turut mencuri perhatian apabila mereka dilihat berbincang mengenai susun atur serta dekorasi majlis.

Advertisement

Apa yang lebih menguatkan spekulasi apabila Rosix sempat mengusik tentang sesuatu yang besar bakal berlangsung pada bulan hadapan.

“Perbincangan sangat serius ya… nantikan 18 April ini guys. Siapa yang dapat jemputan, sila datang ya!”

Selain itu, Rosix turut memaparkan skrin telefon yang menunjukkan rekaan pelamin bertemakan ‘Moroccan’, sekali gus menambah lagi teka-teki mengenai jenis majlis yang dirancang.

Namun begitu, Noor Nabila hanya dilihat tersenyum tanpa memberikan sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Nabila pernah mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka dikenali sebagai Mr AA. Menurutnya, lelaki tersebut berjaya menambat hatinya bukan sahaja kerana kebolehan memasak, malah ciri-ciri lain yang membuatkan dirinya berasa selesa.

Untuk rekod, Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad dan Engku Emran, namun kedua-dua perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan. Hasil perkahwinan bersama Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Setakat ini, netizen masih menantikan pengesahan rasmi daripada Noor Nabila sendiri mengenai khabar angin tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ernie zakri
2026-03-27 10:36:27

Ernie Zakri ‘Sound’ Netizen Tuduh Makan Di Premis Tak Halal - "Terpampang Besar Dekat Situ.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...