Ronaldinho Menyewakan Rumah Beliau Sempena Piala Dunia Brazil [3 GAMBAR]

Trending

Ronaldinho Menyewakan Rumah Beliau Sempena Piala Dunia Brazil [3 GAMBAR]

rumah ronaldinho disewa sempena piala dunia 2014 1

Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.

Advertisement

Bekas penyerang Barcelona berkenaan memutuskan untuk memberi sewa rumahnya di Rio de Janeiro dengan harga GBP9,120.00 (RM50,130.00) semalaman, bagi memberi peluang keunikan kepada peminat.

Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya bahawa rumah tersebut sedia untuk disewakan menerusi Airbnb.com ketika kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.

Bintang Atletico Mineiro itu berkata: “Ini adalah untuk sesiapa yang ragu-ragu bahawa saya akan memberi sewa rumah saya di Airbnb! nikmati #CasaR10.”

Harta Ronaldinho yang juga memiliki enam bilik mandi, adalah di dalam komuniti berpagar di kawasan Barra da Tijuca di Rio.

Kepada sesiapa yang mampu bermalam di rumah pemain 34 tahun itu, dia akan mempunyai akses kepada sauna, bilik bawah tanah dan satu peti sejuk bir.

Seni diilhamkan Ronaldinho mengisi rumah, termasuk lukisan potretnya ketika menyarung jersi Paris Saint-Germain, AC Milan dan pasukan kebangsaan.

Deposit hanya sebanyak lebih GBP600 (RM3,297) diperlukan dan merokok hanya dibenarkan di luar rumah, tetapi ‘service team’ akan disediakan untuk tetamu.

rumah ronaldinho disewa sempena piala dunia 2014 2

rumah ronaldinho disewa sempena piala dunia 2014 3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...