Ronaldinho Sahkan Dirinya Positif COVID-19

COVID-19

Ronaldinho Sahkan Dirinya Positif COVID-19

Legenda bola sepak terkemuka dunia, Ronaldinho kini tampil mendedahkan dirinya disahkan positif Covid 19.

Berita itu diumumkan sendiri olehnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya pagi tadi.

Advertisement

Menurutnya beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, Brazil.

“Saya telah melakukan ujian dan hasilnya positif Covid 19. Sebenarnya saya tidak bergejala dan sihat buat masa ini,”

Beliau difahamkan terpaksa membatalkan penampilannya dalam sebuah majlis demi memenuhi protokol kesihatan selepas mendapati ujian Covid 19 yang disaringnya positif.

Untuk rekod, meskipun disahkan positif wabak berkenaan, bekas pemain Barcelona itu dikatakan langsung tidak menunjukkan sebarang gejala dan dilihat sihat seperti biasa.

Sumber: Gempak, Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...